Nurraysa Skincare, Produk terhangat dipasaran! | I N F I N I T E

HOME OWNER TUTORIAL ARTWORK BLOGSKIN ASK.FM

Nurraysa Skincare, Produk terhangat dipasaran!


Assalamualaikum :)

Siapa pernah dengar tentang produk Nurraysa ni? Korang tak pernah dengar? ruginya, sebab sekarang ni produk ni tengah hot dan tengah laku sekarang. Anda tak percaya? ha..ha.. cuba bukak google dan search "Nurraysa Skincare". Memang terbaik, keluar semua jenis produk nurrasya dan testimoni-testimoni yang berjaya. Arrien pun actually baru guna, dapat tahu produk ni dari kakak saudara, dia sekarang telah pun menjadi stokis di perak. Nampak kan bahawa nurraysa ni sangat laku :D

Alhamdulillah, arrien baru guna ahad baru-baru ni, dan baru tadi sewaktu pergi ke surau, adik saudara berumur 8 tahun tegur katanya muka arrien dah makin lincin sebab muka arrien memang takde jerawat jadi arrien rasa sama je lah bila tengok cermin tapi memang lah rasa kelainan bila sentuh muka, but tak sangka secepat ini kesan dia. hehe happy rasanya. Arrien hanya pakai sabun dia saja tapi dah ada kesan.

Oke ,mari arrien cerita serba sedikit pasal Latar Belakang Pengasas & Produk Nurraysa Beauty ni. Nurraysa Beauty diasaskan pada Julai 2012 dan nama pengasasnya ialah Puan Nur Aini Zolkepeli. Puan nur ni baru sahaja berusia 24 tahun. Berasal dari Terengganu dan menetap di Pahang. Puan Nur ni juga mempunyai 3 orang anak. Kilang pemprosesan sabun nurrasya ni dijalankan di Pandan Damai.

Macam mana produk ini boleh dinamakan Nurraysa? Lahirnya nama Nurraysa dari
NUR - Nur Aini (Pengasas)
RAY - Rayyan (Anak sulung)
SA - Saiful (Suami Pn Nur Aini)

Produk pertama ialah Nurraysa Collagen Soap pada Disember 2012, dan selepas itu Set Skincare 3 in 1. Slow sekejap dan mula buat betul pada awal tahun 2013. Skincare Trial Set 4 in 1 dikeluarkan pada Jun 2013. Nurraysa Beauty Collagen(NBC) pada September 2014. Glowing DD Moist Cake pada Mei 2015. Pearl Magic Lipstik pada Jun 2015. Instant Pearl Glow Body Lotion pada Ogos 2015. Shining Mineral Loose Powder pada Ogos 2015. Hygiene Feminine Wash pada Ogos 2015.

Sedikit review tentang produk nurraysa. Produk ini 100% buatan malaysia.Pengasasnya adalah org kuantan. Kalau anda ragu2 tentang produk ni,  sini arrien nak bagi tahu, produk ni ada sijil halal & lulus KKM, tiada bahan kimia terlarang dan 100% bahan semula jadi. Dahulunya sabun ni sabun homemade diproses sendiri oleh pengasas & suaminya saja, sepastu sekarang di proses di kilang,Kuantan. Dan yang paling best tentang produk ni,semua peringkat umur dan jantina boleh guna termasuk bayi,ibu hamil dan menyusu :)

Nak tahu lebih lanjut tentang produk-produk nurraysa ni, boleh tengok dekat ig shop arrien [@diarrien_collection] or dekat fanpage blog ni pun arrien ada postkan :) Kalau nak tahu lebih lagi dan nak beli whatsapp je arrien terus dekat [0134794913], insyaallah akan dibalas secepat mungkin ^^

Okelah, sampai disini dulu. Next pos, insyaallah arrien akan post senarai barang nurraysa dan harga-harganya, senang korang nak tahu kalau korang nak beli :D bye. Assalamualaikum ^_^


Tiada ulasan:

 
Copyright © .2011-2017. Inspired by Kio.All Right Reserved by Arrien Amani