Dikuasakan oleh Blogger.
  • Home
  • Author
  • Tutorial
    • Blog Tutorial
    • Blogskin Tutorial
    • Photoshop Tutorial
  • Freebies
  • Blogskin
ig shop fanpage instagram

I N F I N I T E


Assalamualaikum :)
Jarang update app dalam fon nie sebab dia selalu kata memori full padahal memori card 8gb tapi still semua benda yang disimpan masuk fon storage. Tak faham sungguh lenovo ku ni, padahal dah setting untuk simpan semua benda dalam memori card.. haha oke biarkan dia. :D
Jadi bila on fon petang tadi and on internet..bukaklah wassapp.. tetiba.. "eh? apasal rasa macam lain macam je?" rupa-rupanya memang lain, dah ada penambahan. Sebelum ni hanya boleh chat, sekarang dah boleh call! wow, bagus betul lah.. lepas ni siapa yang suka ber'gayut' tu, senang hati lah. hehe
Arrien tak cuba lagi sebab nak call siapa lah kan, dah la tak sekolah dah. Jadi dengan member pun chat mahu tak mahu apatah lagi nak call. Buang tebiat apa, haha 
Lagi satu perubahan yang arrien nampak, ialah last seen.. status last seen bergerak.. haha dah macam ayat bergerak yang arrien letak dekat sidebar owner pulak. haha

Share
Tweet
Pin
Share
No Comments

Assalamualaikum :)
Sebut saja aloe vera ataupun dikenali di Malaysia sebagai pokok lidah buaya, pasti semua orang tahu akan kehebatan pokok ni kan? Dengan gel aloe vera saja, pelbagai masalah insyaallah dapat diatasi. Pokok ini juga telah digunakan sejak zaman dahulu lagi. Jadi sini arrien hendak kongsikan 5 tip kecantikan dengan aloe vera. (tip credit to izza sakura)
Tips 1
Wajah berseri dengan aloe vera.
Wajah berseri dan licin amat diidamkan semua wanita jadi apa kata anda cuba tips ni aloe vera dicampurkan dengan sedikit kunyit ,madu,susu dan air mawar sehingga menjadi paste .Biarkan sehingga 15 minit dan bilas

Tips 2
Aloe vera dapat melebatkan bulu mata dan melentikkan bulu mata ,cara senang jer .Ambil batang sirih kemudian letakkan sedikit gel aloe vera dan aplikasikan di bulu mata anda,

Tips 3
Detoks wajah
Makeup menyebabkan bahan kimia terkumpul dan pelbagai masalah kulit terjadi ,jadi selepas bermakeup boleh cuba tips ni untuk membuang sisa solekan di wajah dengan campurkan gel aloe vera ,mangga dan sedikit jeruk nipis.

Tips 4
Scrub muka
Aloe vera juga bagus untuk dijadikan scrub.Campurkan bersama oatmeal ,timun dan gel aloe vera sehingga menjadi paste.Gosok di wajah anda untuk membuang sel kulit mati ,biarkan seketika dan bilas

Tips 5
Wajah yang sensitif perlukan penjagaan yang lebih ,aloe vera membantu mengurangkan kemerahan kulit dengan mengamalkan tips ni timun,yogurt ,essential oil dan sedikit gel aloe vera,sapu dalam 15 minit dan bilas

Tapi kini, ada jalan penyelesaian yang lebih mudah. Hanya dengan satu produk boleh digunakan untuk pelbagai masalah. Produk best seller,
NATURE REPUBLIC ALOEVERA 92% SOOTHING GEL ORIGINAL!!
Gel pelbagai guna keluaran Nature Republic. Gel pelbagai guna..Memang terbaikk la..
Pendek kata wajib ada untuk setiap orang..Boleh digunakan seisi keluarga.

Fungsi basicnya adalah moisturizer badan dan rambut, dibuat asli dari Aloe vera atau lidah buaya sebanyak 92% dalam sebuah kotak yang berisi sebanyak 300ml. Jangan Kuatir produk ini udah disertifikasi oleh CCOF ( California Certified Organic Farmers).

Product ini merupakan product yang sangat multifungsi selain untuk pelembab wajah,aloe vera 92% ini dapat digunakan menjadi :

1.Sleeping mask.
2.Pelembab setelah waxing.
3.Perawatan untuk bibir agar bibir lembab,tidak pecah2,
4.Maskeran untuk mata agar mata lebih relax dan lebih adem.
5.Perawatan untuk rambut agar rambut menjadi lebih bersinar dan terlihat lebih sehat.
6.Nail care essence agar kuku sehat,kuat,dan tidak kering walaupun sering ganti2 warna kuku.
7.Pelembab menenangkan wajah ketika habis terbakar sinar matahari.
8.Untuk base makeup agar makeup lebih menempel dan tahan lama serta lembab,
9.Sebagai pelembab tubuh

Jadi ingin dapatkan Nature Republic yg original dan murah? saya ada jual! Hanya RM45 untuk semenanjung dan RM50 untuk sabah & sarawak.
Tidak perlu bersusah payah merantau seluruh malaysia semata-mata hendak mendapatkan pokok aloe vera ini. Hanya dengan serendah RM50 ada boleh dapat gel aloe vera asli dan boleh digunakan untuk pelbagai masalah.

Berminat? Inbox fanpage arrien ataupun Telegram / wechat arrien : iena_inspirit97 untuk balasan masej yang segera!

^_^

Share
Tweet
Pin
Share
1 Comments

Assalamualaikum :)
Disebabkan semalam ada perlawanan bola oman lwn malaysia (kalau tak silap :D) , maka hari ni arrien dapat milo ais kepal free! yeah, my brother yang belanja. Sebabnya? semalam arrien nak tengok tv dan ruang tempat tengok TV dekat dengan bilik dia dan dia pulak kena buat kerja sekolah jadi my mom tak bagi dia tengok bola. So jalan penyelesaian dia, dia mintak arrien bukak saluran 801 dan pasang volume deras sikit. First arrien buat tak tahu, lepas tu dia pujuk & rayu dan siap berjanji nak belikan arrien Milo ais kepal dekat sekolah dia. But arrien buat tak tahu lagi.. Saja nak sakat dia, last-last dia janji nak beli milo kepal tu dengan duit dia sendiri pulak. Ceh arrien apa lagi, setuju je la. Bukan senang nak dapat milo kepal free. haha lagipun arrien bukak TV tu saja-saja je. Bukak TV, menghadap handfone je sebenarnye..huhu
Sorrylah adik (ko telah 'dipermainkan' oleh ku), haha.. anyway tq for the free milo ais kepal ye , my brother ;'D
[P/S: sedap ow, tambah sedap sebab free]

Share
Tweet
Pin
Share
6 Comments

Assalamualaikum :)
Tarikh pelaksanaan GST dah nak dekat, so macam-macam ragamlah sekarang nie. Minggu ni pun merupakan minggu last nak 'mengjoli'..lepas nie ikat perutlah semua yea ;D




Share
Tweet
Pin
Share
No Comments

Untitled | via Tumblr
Assalamualaikum :)
Sekarang kan musim lepas results..(eh? ada ke musin tu) hehe jadi sibuk lah sikit dengan nak mengisi borong UPU bagai. Tapi ni lah masalahnya, sebelum ni dah 2 kali kemaskini borang UPU tu. First isi macam biasa sebelum results keluar, second lepas results keluar. Ni rasa macam nak update balik selepas pergi terengganu sabtu hari tu. haha Faham tak apa yang nak disampaikan? hehe maksudnya, lepas arrien pergi terengganu hari tu..dengan perjalanan jauh ..penat..membutkan arrien nak ubah pilihan UPU tu. Tahu sebab apa? sebab arrien pilih Unisza sebagai pilihan pertama! hahaha
Yang dah rasa penat pergi terengganu tu pun sebenarnya bukan dari perak, but dari kelantan.. and dari kelantan saja nak pergi terengganu dah rasa kejang satu badan, apatah lagi kalau ada rezeki masuk sana and sudah semestinya dari perak kalau nak pergi sana? mahunya reput? haha 
Jadi sekarang nie tak tahu lah, hati sedang berbolak balik. Dengan tak tahu nak pilih apa pulak untuk pilihan 2 ,3 dan seterusnya tu..haha masalah betul. Buat masa sekarang..pilihan 1 : Unisza.. pilihan 2: Usim.. pilihan 3: Uitm. Rasa macam ok dah tapi ada yang kata.. lebih baik buat pilihan 1 sampai 3 biar dari U yang sama..baru senang nak dapat.. betul ke? haha entahlah..Selalu buat solat istikharah, but takde jawapan lagi, Allah belum nak bagi petunjuk, mungkin? so arrien mohon, sesiapa yg sudi..berilah cadangan & doakanlah arrien diberi petunjuk U mana yang arrien harus pilih. :'D

Share
Tweet
Pin
Share
13 Comments

Assalamualaikum :)
Sebelum ni ada je arrien bukak online shop, tapi disebabkan hal-hal tertentu yang tidak dapat dielak, arrien terpaksa tutup online shop tu. Kemudian arrien terus stop. Masuk bulan nie adalah dah dalam 2 bulan berhenti. Lepastu disebabkan kebosanan yang melanda dan rasa teringin nak cari duit sendiri sikit, arrien cari peniaga yang memerlukan agent dropship, so hasilnya arrien bukak online shop baru. Silalah follow ig shop arrien tu, and kalau sudi beli lah yea. hehe [follow NS shoppe 07] 
so harap anda semua dapat support arrien ye. Arrien baru lagi dan sangat-sangat memerlukan sokongan anda. hihi sayang korang. Insyaallah,mungkin barangan yg arrien jual tu,arrien akan updatekan juga diblog ini & mungkin juga di fanpage arrien. So mudahlah bagi yang tidak ada instagram untuk membeli jugak kan? oke ini entry pendek saja sebenarnya. bye, assalamualaikum ^_-

Share
Tweet
Pin
Share
No Comments

Young and restless. | via Tumblr
Assalamualaikum :)
Kepada yang mengrequest tuto nie, sorry yea lambat. Pergi cari code untuk tuto nie balik sebab dah tukar template and tuto nie arrien ada guna untuk template arrien yang sebelum nie. Jadi terpaksa pergi godek-godek folder backup balik. HUHU.. Border sidebar bergambar tu adalah macam nie;
1) Dashboard > Template > Edit HTML.
2) Tekan ctrl+f serentak dan cari code nie;
.sidebar h2 {
3) Copy code nie dan pastekan bawah code yang dicari;
background:url(URL ATAS)no-repeat top;font-size:22px;
4) Buat cara sama no.2 dan cari code nie pulak;
 .sidebar {
5) Copy and paste code bawah nie dibawah code yang anda cari tadi;
background:url(URL TENGAH)repeat-y;color: #333333; 
6) Cara sama juga seperti di no.2 dan cari code ;
.sidebar .widget { 
7) Copy code dan paste bawahnya;
 background:url(URL BAWAH)no-repeat bottom;margin:0px 0px;
 8) Preview & save.!

Note :
Yang arrien kata Atas, tengah, bawah tu ialah gambar untuk border tu. Jadi korang kena design sendiri dulu border tu using Photoshop oke.
Contoh untuk border tu ialah macam nie;

Atas
Tengah
Bawah
Jadi korang kena design satu-satu. Dia punya lebah mesti ikut lebah sidebar korang. Contoh kalau sidebar width korang : 225px, maka dekat Photoshop tu pun korang kena bubuh width dye 225px. Lepas dah siap design, save dan bila nak letakkan dekat blog kena guna URL, jadi nak dapatkan URL gambar tu.. uploadkan gambar tu di [SINI]. Dan apabila dah upload, ambil dye punya Direct Link.
Oke done, Kalau tak faham, sila tanya di fanpage or ask.fm arrien yea. But kalau tanya dekat ask.fm, make sure tinggalkan link blog korang kalau korang tak sign in ask.fm ^_-

P/s: Jangan ambil yea contoh gambar border yang arrien tunjuk dekat atas tu. 100% hak milik arrien :)

Share
Tweet
Pin
Share
4 Comments

 Assalamualaikum :)
Hari sabtu baru-baru ni, arrien pergi karnival nie dekat ipoh..biasalah budak lepasan SPM lah katakan huhu ..so dapat pemphlet mengenai tarikh dan tempat bagi karnival. Jadi arrien nak share dengan kawan-kawan seperjuangan yang lain, mudah-mudahan kalau ada yang still tak tahu mengenai program nie dapat tahu dimana ianya berlangsung ..bolehla dapat maklumat untuk sambung belajar kan. huhu.. Sila click pada gambar yea, sebab tu gambar scan jadi tak berapa nak jelas, kalau ada yang tak nampak juga, nie arrien listkan karnival yang masih belum berlangsung. Yang dah berlangsung zon1- zon5. Jadi yang tinggal zon6- zon 9. Pergilah sebelum terlambat. hehe ^_^
Zon 6.
Padang Kawad, UTHM, Batu Pahat Johor.
21-22 MAC 2015
Zon 7.
Cityone Megamall, Kuching, Sarawak.
28-29 MAC 2015.
Zon 8.
RTC Kelantan.
28-29 MAC 2015
Zon 9.
Kota Kinabalu, Sabah.
11-12 APRIL 2015
Masa ; 9.00 pagi - 6.00 petang (semenanjung) 8.30 pagi - 5.00 petang (Sabah & Sarawak)


Share
Tweet
Pin
Share
2 Comments

(42) Tumblr
Assalamualaikum :)
Nampak tak post title arrien, first letter dye berbeza dari ayat yang lain kan? so arrien nak tunjukkan dekat korang cara nak jadikan first letter at post tittle berwarna. :D But,peringatan.. tutorial ini hanya untuk denim template coz arrien hanya try dekat denim template, so bagi simple or template yang lain, cuba-cuba lah yea. Try and error oke? hee :D

[Click untuk preview]
1. Dashboard > Template > Edit HTML.
2. Tekan Ctrl+f serentak dan cari code bawah nie;
/* Posts
----------------------------------------------- */
3. Copy code bawah nie;
.post-title:first-letter {
color: #000;
font-size: 20px;
font-family: 'Short Stack', cursive;
padding: 1px;
text-shadow: 1px 0px 1px #fff;
}
4. Then paste dekat bawah code yang korang cari di no.2 tadi.
5. Preview and save! done :)

Note:
Merah : Tukarkan dengan color code yang anda suka.

Share
Tweet
Pin
Share
No Comments

Kawaii stuff 〰 | via Tumblr
Assalamualaikum :)
Ingatkan lepas SPM dapat lah selalu update blog, bit rupanya tak. Lagi bertambah busy dengan nak apply & isi borang untuk sambung belajar. Haish,nasiblah badan. haha Dah 5 hari berlalu lepas keputusan SPM keluar dan hari ni baru dapat cite sikit about my results. Tak gempak macam budak2 SBP, MRSM and sekolah2 elit yang lain. Cukuplah bagi budak sekolah SABK je. haha Berapa A taknak cerita sebab malu lah.. kita nie tak pandai so just nak cite sikit dari subjek2 yang dapat A tu.
Kalau tengok tajuk rasanya kalau budak SPM 2014 mungkin boleh tangkap sikit kut arrien nak cerita apa. Haha tetiba ada sejarah durian, nangka bagai kan. Bukan kisah pasal sejarah termunculnya durian & nangka but kisah subjek yang berkaitan dengan 'Sejarah, durian & nangka'.
Sejarah dulu oke, teringat lagi time trial arrien hanya dapat C gara-gara kertas 3 arrien just tak tulis perkataan "aspek 1,2,3...." Arrien hanya dapat 30 saja dari kertas 3. Memang fedup gila sampaikan lepas balik rumah terus jumpa bapa saudara yang guru sejarah juga dan bertanya kenapa tak boleh dapat markah banyak sedangkan isi semua hampir cukup. Jenuhlah semak balik dan bapa saudara pun kata kertas arrien tu boleh dapat banyak markah. Dia pun hairan kena cikgu sekolah arrien boleh bagi markah 30 je padahal kalau dia bagi markah yang sepatutnya, arrien boleh dapat A dalam trial sejarah. Maka dia suruh arrien tanya balik cikgu sejarah arrien. Kemudia bila tanya2, alasan dia sebab arrien tak tulis perkataan 'Aspek1,2,3..' semua tu. arrien dah macam "what? sebab tu je? padahal isi semua cukup?!". Lepas arrien paksa2 suruh dia bagi sebab lain yang lebih muhasabah, dia kata pulak.. "saya bagi mcm tu supaya kamu ingat time SPM nanti tulis benda2 tu.. sebab bagi pemeriksa senang nak semak. Mungkin dia boleh semak,tapi kalau time dia semak kertas kamu, time tu dia bergaduh dengan isteri dia, kertas kamu pulak dia tak jumpa isi penting macam mana?" . Zappp.. Berh lepas tu memang tak tanya dah sebab apa dia bagi arrien 30 je markah. Hahaha.. sebab memang betul juga kan, nanti susah nak cari isi kalau tak tulis Aspek bagai tu. Dan time real exam, arrien ingat kata2 cikgu tu and tulis aspek2 tu. Dan alhamdulillah. A jugak sejarah walaupun just A-.. hahaha 
Durian dan nangka pulak pasal exam Matematik yang menjadi trend lepas habis paper tu. Kan? memang kecoh lah pasal benda tu. Dan pasal benda tu jugaklah arrien menangis lepas keluar dewan sebab rasa fedup nak mampus jawab paper math tu. Rasanya memang rasa yang fedup dengan paper math tu kan. Haha mana taknya,arrien memang target math A sebab arrien suka math but bile jawab exam hari tu.. rasa macam.. WT....frust kowt. Soalan dia, tak boleh belah ada durian nangka bagai. haha Sebab tak dapat tahan 'kefedupan' tu (eh?) arrien terus call my mom guna public nak 'mengadu' time2 lepas habis jawab tu jugak. Memang macam down ah. Benda yang ditarget dapat jawab, sekali soalan macam apa2. Dan sebab tu jugak arrien takde semangat untuk exam hari seterusnya..jadi keputusan pun..hahaha macam takde semangat lah untuk subjek tu..PQS or PSI kalau tak silap.. lupa pulak.. haha.. But benda yang dah rasa frust tu boleh pulak keluar keputusan dapat A.. kahkah. Rasa bangga pulak sebab tak sia-sia menangis lepas jawab exam dulu. 
Apa-apa pun memang berterima kasih lah kepada 'Sejarah , durian & nangka' sebab menyebabkan subjek2 tu juga penyumbang kepada A yg arrien miliki. 
Alhamdulillah, terima kasih pada Allah atas keputusan SPM arrien tu. Lulus semua walaupun Kima memang 'sleng' habis. Huhu Anyway taniah kepada semua calon SPM 2014 ^_^ semoga kita terus berjaya pada masa hadapan. ^_-
Untitled

Share
Tweet
Pin
Share
No Comments
Newer Posts
Older Posts

About me

DmPRDCbQC2A/WJoToqY-gPI/AAAAAAAAAL8/CMgWRh6OFVoy7elrJJWlL1dnOuMsrmrrQCLcB/s1600/about.jpg"
/ />

Aenean sollicitudin, lorem quis bibendum auctor, nisi elit conseat ipsum, nec

sagittis sem nibh id elit. Duis sed odio sit amei.

FOLLOWER

Follow Me

  • IG shop
  • facebook
  • instagram

recent posts

Blog Archive

  • ►  2019 (3)
    • ►  Mei (1)
    • ►  April (1)
    • ►  Januari (1)
  • ►  2018 (11)
    • ►  Oktober (1)
    • ►  Mei (3)
    • ►  April (4)
    • ►  Januari (3)
  • ►  2017 (9)
    • ►  Mei (1)
    • ►  April (6)
    • ►  Februari (1)
    • ►  Januari (1)
  • ►  2016 (20)
    • ►  November (10)
    • ►  Oktober (6)
    • ►  September (1)
    • ►  Ogos (1)
    • ►  Julai (1)
    • ►  Februari (1)
  • ▼  2015 (40)
    • ►  Oktober (1)
    • ►  September (2)
    • ►  Julai (1)
    • ►  Jun (6)
    • ►  Mei (4)
    • ►  April (7)
    • ▼  Mac (10)
      • Wassapp changed again.!
      • 5 Tip Kecantikan dengan Aloe Vera.
      • Milo Ais Kepal, Free!
      • Wordless Wednesday : Ragam GST (Gambar)
      • Unisza, Uitm or Usim?!
      • New Online Shop. ^_^
      • Tutorial : Border Sidebar Bergambar. (Denim Template)
      • Jadual Karnival Pendidikan Tinggi Negara 2015 kali...
      • Tutorial : First Letter Berwarna.
      • Thanks 'Sejarah, Durian & Nangka'.
    • ►  Februari (6)
    • ►  Januari (3)
  • ►  2014 (38)
    • ►  Disember (5)
    • ►  November (2)
    • ►  Oktober (1)
    • ►  Jun (5)
    • ►  Mac (3)
    • ►  Februari (6)
    • ►  Januari (16)
  • ►  2013 (358)
    • ►  Disember (49)
    • ►  November (45)
    • ►  Oktober (25)
    • ►  September (13)
    • ►  Ogos (38)
    • ►  Julai (24)
    • ►  Jun (34)
    • ►  Mei (32)
    • ►  April (21)
    • ►  Mac (27)
    • ►  Februari (24)
    • ►  Januari (26)
  • ►  2012 (135)
    • ►  Disember (37)
    • ►  November (37)
    • ►  Oktober (21)
    • ►  September (8)
    • ►  Ogos (12)
    • ►  Julai (4)
    • ►  Jun (2)
    • ►  Mei (6)
    • ►  April (2)
    • ►  Mac (2)
    • ►  Januari (4)
  • ►  2011 (3)
    • ►  Disember (3)
Facebook Twitter Instagram Pinterest Bloglovin
FOLLOW ME @iena_inspirit97

Created with by ThemeXpose | Distributed By Gooyaabi Templates