Sem 1 has Ended! :D

by - 2:33 PTG



Assalamualaikum :)

Finally i'm back! haha have anyone miss me? heeee yeah alhamdulillah, tamat sudah sem 1 arrien di Kolej Universiti antarabangsa Selangor ni. Exam final tamat pada jumaat baru-baru nie but hari ni baru ada mood nak update blog. hahaha dah lama tak update so dia macam dah malas nak update XD

Macam-macam pengalaman baru yang arrien terima di KUIS ni, ada yang menarik dan ada yang tidak (?) haha jadi meh arrien share sikit memori-memori arrien di kuis selama 3 bulan lebih dalam sem 1 nie ^_^ dan semua nye ialah berkaitan "First Time" :)


Ni ialah gambar pertama arrien ambil bersama roommate arrien. Nie ialah first time keluar bersama-sama roommate selepas program orentasi. haha time ni still awkward lagi hehe. Rommate arrien sebenarnya ada 7 orang but sorang jadi juru gambar, 2 orang lagi dah pergi mana tak ingat time tu :D


Gambar ni pula diambil ketika first time arrien berbuka puasa bersama roommate. ha kalau korang rasa pelik kenapa arrien berbuka puasa, ia adalah sebab arrien masuk Kuis 1/7 dan time tu ialah bulan puasa ! yeay! haha time ni rasa gile perbezaan berbuka dengan family dan kekawan terutama sekali di asrama, almaklumlah arrien sebenarnya tak pernah duduk asrama.haha rasa sayu pun ada XD


First time berbuka puasa bersama roommate :') ya allah rindu nye :'D

OKe, inilah gambar lengkap roommate arrien! :D best gile dengan diaorang. Tak pernah berhenti gelak dengan diaorang. Kalau ada yang tak de dalam bilik terutama sekali yang suka buat lawak or boleh dikatakan happy virus dalam group, mesti sunyi je bilik. Memang boleh terasa kalau ada yang takde dalam bilik. oh, miss them so much ><


Ni pula ialah ketika berbuka puasa dimasjid, tak boleh nak kata ni ialah gambar ketika first time buka puasa dimasjid sebab dah banyak kali bukak dan tak ingat ini kali keberapa arrien bukak dimasjid. haha sangat seronok berbuka ramai-ramai.. makan dalam talam, even dengan orang yang tak kenal, dengan sineor-senior pun boleh je masuk bile makan bersama-sama ni. haha istimewakan ukhwah tu :)


Oke kembali ke "first time" ini ialah pertama kali tangkap gambar seisi kelas. Yes ini ialah classmate arrien.Perempuan 19 orang dan lelaki 6 orang. Jangan tanya kenapa lelaki sikit. hahaha 


Ini gambar ketika berlatih Choral speking. yes class arrien masuk choral speking dan konon-konon masuk mula-mula hanyalah sebab nak dapat carry mark, tapi alih-alih dapat masuk ke final. Alhamdulillah. Ni latihan yang betul-betul malam nye pertandingan final. haha dan jagan jelas, arrien dah dapat jejak kepentas Pencetus Ummh. Tak payah pergi uji bakat pon. hahaha XD (abaikan gambar yang tak berapa jelas sebab semua ini ialah candid) haha


Ini pula ialah selepas persembahan final tu, ha apa macam? cantik tak kitaorang buat LOVE? haha thankz to pelajar lelaki yang sudi jadi juru kamera kami haha


Yeay!! kamilah johan choral speking! haha percaya atau tidak but memang kena percaya even arrien sendiri tak percaya LOL. Masuk sebab carry mark (ish jagan ikot niat macam ni ye hehe) pastu dapat ke final pastu johan. maunye tak percaya. berlatih untuk pemilihan pertama tu hanya dalam 3-4 hari pastu rakam video, hantar, petangnye (jumaat) dapat tahu dapat kefinal, isnin malam final, isnin petang baru practiice sebab sabtu ahad ramai yang tinggal dekat-dekat balik rumah sebab tak tahu pun yang dapat ke final. But alhamdulillah, usaha tangga kejayaan , maka kami juara :D haha dan yang paling lawak ialah ketika membuat rakaman choral speking untuk dihantar ..sedang merakam, ustaz Don lalu dan berhenti sebab nampak kami sedang buat choral speking. siap duduk depan kami lagi sampaikan semua teruja or gambra maybe nampak ustaz don..terus lupa script..hahaha memang memori terindah lah. hehe


Ini pula ialah first time arrien pergi tengok uji bakat pencetus ummah. Tak ramai kan orang yang tengok? haha sebab time ni musim peperiksaan mid term. Tapi arrien dengan kawan-kawan pergi tengok sebab kononnya nak release tension. haha 
p/s: but tak tahu lah pulak kalau-kalau masa PU musim sebelum-sebelumnya pun macam ni XD


Ni pula ialah group usrah arrien, ada 10 orang tapi 3 orang lagi tak masuk dalam gambar. hehe dan boleh dikatakan separuh dari group usrah ni ialah classmate arrien sendiri. Best juga dengan group usrah ni, sporting je. Nasib baik sem depan pun dengan diaorang, takde lah tak best ke apa nanti. hahaha

Oke that all, arrien kata nak share sedikit kan but rasanya macam panjang lebar je. Hehe sorry. apa-apapun, arrien rasa seronoklah jugak duduk dekat KUIS ni. Ada kawan yang dah kenal since sekolah menengah pun ramai. Yang belajar dekat USIM pun ada, rumah kakak saudara pun ada. Memang senang lah. hehe so enjoy reading my entry! :D wassalam ^_-


You May Also Like

2 Comments