Back to Collage!

by - 9:00 PG


autumn, coffee, and fall image
Assalamualaikum :)

Ketika anda baca entry ini, arrien telah ada dalam kereta menuju ke selangor untuk pulang ke kolej or mungkin dah sampai. hahahah XD dah macam gaya surat wasiat pulak ><
oke ini adalah schedule post, sebab masa sekarang yang arrien tengah tulis entry ini adalah pukul 1.00 A.M. Disebabkan hari ni busy kemas barang untuk balik ke kolej maka tengah malam baru dapat bukak laptop. :(

Banyak benda sebenarnya nak tulis tapi tak diizinkan Allah sebab, minggu ni wifi rumah arrien rosak. Entahlah boleh katakan satu kampung rosak, tu namanye mungkin ada orang curi kabel. Fuhh nak buat macam mana kan, kos sara diri meningkat. Hahaha Tak sempat arrien nak tulis entry pasal cara tukar card atm online yg arrien janjikan haritu. Bukan mungkir janji org kata tapi tak diizinkan.

Cadangnya lagi lepas habis buat GA nak tukar template blog tapi disebabkan internet takde, tak tercapailah hajat. Internet ni pun baru elok hari rabu malam khamis haritu. memang tak sempatlah kalau nk mengedit-edit. So just semalam lah try ubah sikit. ha korang adalah tu tengah dengar lagu dekat blog arrien ni kan? hahaha semalam lah gigih bubuh time tengah-tengah malam. Maaflah kalau korang tak suka, tapi arrien suka. Sebab tu arrien bubuh. hahahaha XD

Oke kalau dah balik kolej ni means startlah sem baru, so arrien akan masuk sem2. Tanya senior susah tak, berhh si senior kata mohon tabahlah sebab sem2 belajar banyaknya teori. Tahu tak arrien teorilah paling tak minat. Kalau nombor, kira-kira arrien suka. haha so mohon lah anda-anda yang baca ni doakan segala urusan untuk sem 2 ni berjalan lancar ye. Amin ^^

oke sampai disini sahaja, semoga kita bertemu lagi..hihik. Doakan arrien yg terbaik ye sahabat-sahabat ^_^

You May Also Like

3 Comments