EID Halal Korean Food Bangi.
Assalamualaikum :)
Nak update ni lama dah tapi busy XD. alhamdulillah akhirnya tercapai juga hajat nak makan korean food yang real. Bukan tak pernah makan, pernah makan dekat dubuyo tapi rasanya tak sedap dan arrien rasa makanan dekat dubuyo bukanlah makanan korean yang real. So haritu lepas balik kolej balik selepas raya haji, kawan ajak pergi bangi. Arrien yang time tu tengah-tengah stress study nak exam pun setujulah konon nak release tension jap hahaha. Maka ajaklah diaorang pergi eid halal food dekat bandar baru bangi. Dah lama stalk ig kedai EID ni. kawan-kawan pulak suka juga nak rasa korean food so setuju. dan yeay!! sampailah akhirnya arrien ke EID Halal Korean Food!
Kalau korang suka stalk korean punya ig, mesti akan jumpa ig Olaborasong kalau tak silap. Si akak ni dia korean dan muslim. Jadi kalau dah muslim, dia banyak aktif di negara2 belah-belah kita ni seperti Indonesia, Thailand dan Malaysia. Dan akak Bora ni telah bukak EID ni dekat bangi. so memang kedai korean yang betul *thumb up*
Tada! Nampak sedapkan? tapi memang sedap :D hahaha kami order Chicken Kimchi Stew, Korean Beef BBQ, Glazed Fried Chicken Bites dan Stir-Fried Rice Cake (tteokbokki) dan diaorang akan bagi side dishes Kimchi, seaweed soup dan satu lagi macam salad dan another one idk apa but fishcake ada hehe.
Chicken kimchi stew ni arrien yang order sebab memang teringin sangat nak rasa, sebab tengok kalau dalam drama or variety show korea diaorang mesti makan ni, so nak la tahu sedap ke tak, dan tak menyesal order sebab memang sedap. Kalau makan kimchi yang jeruk punya tu memang masam, yang tu arrien memang tak tertelan hahaha disebabkan rasa kimchi asli yang masam tu mula-mula kawan arrien bantah arrien untuk order kimchi stew ni, but arrien tegaskan juga yang arrien nak rasa, duit arrien yang bayar kan? hahaha dan bila dah sampai, kawan sebelah test dulu dan kata " wei, sedaplah wei. Tak rasa macam kimchi yang masam tu pun" haha dam me dengan ada rasa berlagak sikit kata dekat kawan yang membantah tu " kan aku dah kata, orang cuba dulu, kalau aku tak order tadi menyesal je " XD
Satu lagi makanan yang memang arrien nak sangat rasa, tteokbokki! sangat sedap TT__TT dan sampai sekarang duduk teringat tteokbokki ni. hahaha rasa macam bukak sem nanti nak pergi je lagi XD Tak berapa pedas dan rasa manis-manis. senang kata memang sedap.
Last sekali yang arrien suka, tu yang tepi tteokboki tu. Glazed Fried Chicken Bites, dia ayam goreng tapi sos dia buatkan ayam tu rasa unit.Yang satu lagi tu beef BBQ tu arrien tak rasa sangat so lupa pulak rasa dia macam mana but memang fokus dekat 3 menu dekat atas tu. Sungguh jatuh cinta. Hahaha sebelum ni pernah ada baca satu blog ni, entry pasal makanan korea. Dia kata tak sedap, tawar dan sebagainya. hahaha arrien rasa maybe dia pergi ke restoran yang salah ni. So arrien suggestkan korang pergilah EID Halal Korean Food dekat bangi tu yang sure korang tak menyesal ^_-
Kalau nak tahu lebih lanjut pasal restoran ni bolehlah follow ig [eid.halal.korea.bangi] ^_^
3 Comments