Resepi : Mushroom Soup Sedap | I N F I N I T E

HOME OWNER TUTORIAL ARTWORK BLOGSKIN ASK.FM

Resepi : Mushroom Soup Sedap



Assalamualaikum:)

Bila cuti sem ni kerjanya nak memasak jelah, macam mana nak kurus pun tak tahu sebab asyik-asyik memasak dan mestilah makan kan ? hahaha but takpe kot sebab my mom kata, selagi muda, sihat, boleh makan, makan, nanti dah tak lalu nak makan menyesal, ha tu katanya hehe my mom memang suka tengok anak dia tembam kot -_-

Oke tak payah nak merapu banyak-banyak so disini arrien nak share resepi mushroom soup yang arrien buat hari isnin hari tu, (p/s: dah masuk semua dalam perut baru nak share resepi, hahaha)

Bahan-bahan:
1) 7-10 biji cendawan butang (arrien juga yang dalam tin) dihiris halus.
2) 3 -4 biji cendawan butang yang sama dipatong dadu dan asingkan dari no.1 
3) 3 sudu besar butter/ magarine
4) 1 biji bawang besar atau holland (dipotong dadu)
5) 1 ulas bawang putih (diketuk)
6) 500 ml air @ 2 cawan air
7) 1 kiub ayam (arrien guna kiub ayam knorr)
8) 1 ketul ayam bahagian dada bersaiz sederhana (dipotong dadu) * tak mahu letak pun tak apa*
9) 250 ml @ 1 cawan susu segar/cair
10) 3 sudu besar tepung gandum
11) 1 ranting parsli (jika ada, arrien takda so tak bubuh)
11) garam dan lada hitam secukup rasa 

Cara-cara:
1) Panaskan periuk yang sederhana dengan butter dan bersama bawang besar dan bawang putih. goreng sehingga bawang layu tapi pastikan tidak hangit.
2) Masukkan ayam yang telah dipotong dadu bersama cendawan yang telah dihiris halus, kacau selama 2-3 minit.
3) Masukkan tepung gandum dan kacau sebati
4) Masukkan 500ml air dan masukkan 1 kiub ayam knorr
5) kacau sehingga sebati dan biarkan mendidih
6) Selepas telah mendidih, tutup api dan biarkan sejuk sedikit.
7) Ambik blender dan blen semua soup yang telah disejukkan sedikit tadi.
8) Masukkan kembali soup yang telah diblen kedalam periuk dan masukkan Susu segar/cair dan cendawan yang telah dipotong dadu tadi (no.2) kacau dan biarkan mendidih. (jangan lupa taburkan sedikit garam mengikut cita rasa anda)
9) Selepas mendidih, tutup api dan hidangkan ketika panas.

Oke siap ^_^ boleh tabur parsli dan lada hitam sebelum menghidangkannya. Sedap kalau makan dengan roti garlic. Rumah arrien takda roti gardenia, so takboleh nak buat roti garlic sendiri, jadi makan dengan roti wholegrain je, but still sedap. hahaha selamat mencuba ^^



1 ulasan:

Noor Maizan berkata...

Sedapnyaa arrien , terliuur pulak...

 
Copyright © .2011-2017. Inspired by Kio.All Right Reserved by Arrien Amani