First week as Mahasiswi KUIS.

by - 12:04 PTG



Assalamualaikum :)

Alhamdulillah dapat juga update blog lagi XD hari ini merupakan hari ke-4 arrien di KUIS. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. so entry kali ni arrien nak ceritakan sedikit perjalan selama 4 hari di KUIS :D Hari first dan second sungguh merupakan hari yang sangat memenatkan sebab 2 hari tu ialah hari orentasi. Hari first tak sempat nak berehat selepas pendaftaran, angkat barang & kemas terus kena turun ada orentasi. Oh ya, sebelum tu arrien nak bagi tahu, bilik arrien ialah ditingkat 5, tiada lif dan terpaksa angkat barang2 naik tingkat 5 TT__TT lepas tu orentasi start lepas zohor sampai malam pukul 12. Balik bilik mandi, basuh baju semua sampai pukul 2. 2.30 tido bangun pukul 3.50. Siap2 turun sahur kemudian solat subuh and ada kuliah subuh. Time kuliah subuh ramai yang shahid sebab malam tu dapat tidur tak sampai 2 jam ..wuahh..haha Kemudian pendaftaran kali ke-2 dan ada taklimat lagi dan sekali lagi ramai yang shahid XD petang ada "tour to KUIS" iaitu melawat bangunan2 KUIS, but arrien time tu rasanya hanya badan je ikowt pergi melawat , "roh" arrien dah melayang entah kemana sebab terlalu penat. Malam habis pukul 12 dan sekali lagi tidur pukul 2,

Dan nasib baik semalam dah takde orentasi sebab orentasi 2 hari sahaja. Dan semalam ramailah yang mengkhador tido dari lepas subuh hingga lah ke zohor. haha lama kan? penat ooo..hihi Petang semalam turun pergi beli makanan di bazar siswa dan sempat bergambar disekitar kawasan KUIS, haha 



Abaikan muka malu-malu kitaorang tu ye sebab first time bergambar bersama, so ada sikit rasa kejanggalan disitu. hehehe


Time berbuka ada rasa touching sikit sebab dok teringat dekat rumah..haha kalau dekat rumah berbuka mesti makan sedap-sedap ni dekat sini hanya makan roti john kecil. haha tapi tulah orang kata expirien kan? okela.. dari takde makan right? haha
Hari ni cuti so sebab tu adalah masa arrien update blog ni, kelas tak tahu mula bile. Bila sebut pasal kelas tetiba rasa takot pulak. huhu moga-moga dipermudahkanlah segala perkara dan pembelajaran selama setahun di KUIS,Amin :D 

P/s: budak-budak selangor semua balik, haish jeles betul. Kalau tak ingatkan Perak tu jauh dah lama balik. haha

p/s 2: Wifi kuis semua takde free, kalau kolej lain semua free kan. Memang habis duit banyaklah duduk kuis ni. Update blog ni pun nasib ada mobile data, buat hotspot je. Kalau tidak mesti bosan yang amat ><


You May Also Like

5 Comments