Petua-petua kecantikan & Kesihatan.

by - 11:45 PG






Assalamualaikum :)

Kali nie arrien nak kongsi sedikit petua-petua kecantikan & kesihatan iaitu petua-petua orang dulu-dulu yang diambil dari "Novel Dear Yayah"..Semoga kita boleh amalkan bersama untuk kesihatan dan kecantikan semula jadi diri,insyaallah.. 

Petua 1 : Bibir Merah

Amalkan menyapu sedikit mentega ataupun marjerin pada bibir korang pada setiap malam,sebelum korang tidur.

Petua 2 : Merawat Jerawat.

Haa.. sape ada masalah jerawat boleh cuba nie,insyaallah mudah-mudahan berkesan :) Amalkan menyapu ke muka bedak sejuk yang dicampur dengan madu setiap hari *Tapi patikan beli bedak sejuk yang asli iaitu yang dibuat tanpa menambah toksik atau apa-apa jer,nak yang sure asli di kedai2 runcit kampung banyak lah yea :D*

Petua 3 : Muka Licin dan Halus.

Buah tomato dikisar dan disapukan pada muka pada waktu pagi dan malam. Selepas itu, muka dicuci dengan air suam.

Petua 4 : Penjagaan kulit muka.

Cuci muka dengan air suam. Kemudian sapu limau nipis di muka. Bilas muka sekali lagi. Amalkan sekali sehari.

Petua 5 : Awet Muda.

Minum tiga gelas air masak sebelum membasuh muka (Lebih baik sebelum menggosok gigi,kerana kuman didalam mulut dapat membunuh kuman didalam perut). Amalkan setiap pagi sebaik bangun daripada tidur.

Petua 6 : Putihkan Kuku.

Lumurkan kuku dengan minyak kelapa. Cuci hingga bersih. Selepas itu,lumurkan kuku dengan limau nipis.

Petua 7 : Melangsingkan Badan.

Parut dua buji lobak merah dan sebiji timun. Perah airnya. Campur dengan sebiji limau nipis dan bancuh sehingga sebati. Amalkan minum dua kali sehari.

Petua 8 : Masalah Haid.

Amalkan minum air teh yang dicampur sedikit kapur sirih (Seelok-eloknya,air teh yang tidak dibancuh dengan gula).

Oke itulah sedikit sebanyak yang arrien boleh sharekan dengan korang petua-petua kecantikan & kesihatan.. Semoga amaln-amalan ini dapat mengekalkan kecantikan pada diri kita,insyaallah :D

Wassalam..

You May Also Like

0 Comments