Tip : Bukti Cintakan Allah.
Assalamualaiku wahai muslim :)
Alhamdulillah.. hari nie arrien nak kongsikan satu tip mengenai CINTA. Tapi ini bukanlah tip cinta kepada pasangan kekasih tetapi cinta kepada Sang Pencipta.. Selalunye orang asyik mengongsikan tip macam mana nak buktikan yang kita cintakan kekasih kita kan..jadi hari nie,biarlah arrien kongsikan tip Bukti Cintakan Allah. Lagipun cinta manusia tidak akan kekal,tapi cinta Allah cinta yang abadi.
Mari kita hayati dan lakukan tip-tip nie,insyaallah :
1. Sentiasa mengingati Allah setiap masa,keadaan dan situasi.
Firman Allah s.w.t dalam surah al-Baqarah ayat 165 yang bermaksud : "Orang-orang yg beriman itu sangat kuat cintanya kepada Allah."
Imam Ahmad Taqiyuddin berkata : "Hakikat sebuah kecintaan adalah dengan sentiasa bersama ingatannya dengan yang dicintai." [Tibb al-Qulub, hlm. 183]
2. Cintai dan ikuti sunnah Rasulullah s.a.w. kerana ia adalah prasyarat utama mencintai Allah.
Allah berfirman dalam surah Ali Imran ayat 31 yang bermaksud : "Katakanlah jika kamu benar-benar mencintai Allah, maka ikutilah daku [Rasulullah s.a.w.] nescaya kamu akan dicintai Allah."
3. Sentiasa memperbanyakkan amalan-amalan sunat.
Dalam sebuah hadis kudsi, Allah s.w.t. berfirman, mafhumnya: "Sentiasalah hamba-Ku dengan amalan-amalan sunat [nawafil] sehinggalah Aku mencintainya." [Riwayat al-Bukhari]
4. Menjaga solat witir kerana ia merupakan bukti kejujuran cinta kepada Allah.
Fudhail bin Iyadh berkata, Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud: "Seorang hamba yang mengaku mencintai-Ku tidaklah jujur kalau dia tidur lantas melupakan-Ku tatkala malam."
5. Menjaga hubungan dengan ibu bapa kerana keredaan Allah terletak pada keredaan kedua-dua ibu bapa dan kemurkaan Allah juga terletak pada kemurkaan kedua-duanya.
6.Bersahabat dengan al-Quran dan sentiasa menbaca dan menghayati ayat-ayatnya kerana al-Quran umpama warkah ayat-ayat cinta-Nya buat kita.
7. Sentiasa tertunggu-tunggu panggilan azan dan solat fardu.
Persis menunggu panggilan daripada seorang kekasih, sudah tentu panggilan azan akan menbuatkan kita seolah-olah "ketagih" untuk mendengarnya semula kerana ia umpama panggilan Allah buat kita.
8. Doa cinta Allah sebagaimana diamalkan oleh Rasulullah s.a.w. :
Mudah-mudahan, sama-sama kita dapat meraih cinta-Nya.. insyaallah.. aminn :)
wassalam ^_^
0 Comments