Award Pembeli Paling "SPORTING".

by - 10:00 PG


Assalamualaikum :)
Disebabkan sibuk, terpaksa update malam-malam. Jika anda tengah baca entry ini sebenarnya arrien tengah berada di sekolah (ada sambutan Maulidur Rasul) dan bukannya didepan lapyop :D hehe.
Alhamdulillah, awal tahun hari tu arrien dapat Award dari satu shop nie, yang juga pemiliknya ialah seorang blogger. Miss Huda a.k.a Lilly Lolly, siapa yang rajin join GA mesti kenal akak Lilly nie kerana dia selalu sponsor untuk GA. Kisahnye begini :D Arrien memang tak sangka akan dapat award Pembeli paling Sporting coz arrien baru je sekali beli dari kak Lilly nie, sebelum nie arrien pernah dapat hadiah dari kak Lilly nie coz arrien menang GA dia after that arrien join lagi GA kak Lilly yang kedua {ENTRY PENYERTAAN} but rezeki takde arrien tak menang. And then kak Lilly buat promosi kepada peserta GA dye iaitu tempah Button Badge dengan harga istemewa. Arrien pun tempah. So ini ialah gambar hadiah & button yang arrien tempah.
{Hadiah GA}
{Button yg ditempah}
p/s: abaikan kualiti gambar yang tak berapa berkualiti tu ~~!
Arrien dapat award nie coz kak Lilly kata sebab arrien tak merungut & sabar tunggu button tu sampai (coz arrien guna pos biasa) huhu. actually arrien tak kesah pun lambat asalkan barang tu sampai dengan selamat :)
Nie ialah hadiah award tu, comel je kan ?? :D walaupun kecil tapi arrien berterima kasih sangat dekat kak Lilly coz sudi bagi award dekat arrien and yang paling penting, surat yang diberi sekali tu. Memang sungguh bermakna surat tu :)  Dan yang paling penting hasil kerja kak Lilly nie memang cantik, suka sangat button yang arrien dapat & beli tu. And kalau korang perasan gambar yang first sekali dekat entry nie, ada tulisan dekat kat iaitu :Ikhlas Daripada Lolly Shoppe" tu comel kan? memang kretive kak Lilly nie :D huhu

So kepada sesiapa yang berminat nak tempah Handmade Craft, Felt Charm/Keychain, Printing Sticker & Bookmark ataupun Button Badge dengan harga yang berpatutan bolehlah menempah di FB {LILLY LOLLY}
Yang pasti hasil kerjanya memang memuaskan dan cantik ^_^

p/s : sorry jika ayat berbelit- belit dan sedikit poyo coz penulisnya dah lama tak menulis diblog so faham-faham jer lah -_-"

You May Also Like

7 Comments