Thanks 'Sejarah, Durian & Nangka'. | I N F I N I T E

HOME OWNER TUTORIAL ARTWORK BLOGSKIN ASK.FM

Thanks 'Sejarah, Durian & Nangka'.


Kawaii stuff 〰 | via Tumblr
Assalamualaikum :)
Ingatkan lepas SPM dapat lah selalu update blog, bit rupanya tak. Lagi bertambah busy dengan nak apply & isi borang untuk sambung belajar. Haish,nasiblah badan. haha Dah 5 hari berlalu lepas keputusan SPM keluar dan hari ni baru dapat cite sikit about my results. Tak gempak macam budak2 SBP, MRSM and sekolah2 elit yang lain. Cukuplah bagi budak sekolah SABK je. haha Berapa A taknak cerita sebab malu lah.. kita nie tak pandai so just nak cite sikit dari subjek2 yang dapat A tu.
Kalau tengok tajuk rasanya kalau budak SPM 2014 mungkin boleh tangkap sikit kut arrien nak cerita apa. Haha tetiba ada sejarah durian, nangka bagai kan. Bukan kisah pasal sejarah termunculnya durian & nangka but kisah subjek yang berkaitan dengan 'Sejarah, durian & nangka'.
Sejarah dulu oke, teringat lagi time trial arrien hanya dapat C gara-gara kertas 3 arrien just tak tulis perkataan "aspek 1,2,3...." Arrien hanya dapat 30 saja dari kertas 3. Memang fedup gila sampaikan lepas balik rumah terus jumpa bapa saudara yang guru sejarah juga dan bertanya kenapa tak boleh dapat markah banyak sedangkan isi semua hampir cukup. Jenuhlah semak balik dan bapa saudara pun kata kertas arrien tu boleh dapat banyak markah. Dia pun hairan kena cikgu sekolah arrien boleh bagi markah 30 je padahal kalau dia bagi markah yang sepatutnya, arrien boleh dapat A dalam trial sejarah. Maka dia suruh arrien tanya balik cikgu sejarah arrien. Kemudia bila tanya2, alasan dia sebab arrien tak tulis perkataan 'Aspek1,2,3..' semua tu. arrien dah macam "what? sebab tu je? padahal isi semua cukup?!". Lepas arrien paksa2 suruh dia bagi sebab lain yang lebih muhasabah, dia kata pulak.. "saya bagi mcm tu supaya kamu ingat time SPM nanti tulis benda2 tu.. sebab bagi pemeriksa senang nak semak. Mungkin dia boleh semak,tapi kalau time dia semak kertas kamu, time tu dia bergaduh dengan isteri dia, kertas kamu pulak dia tak jumpa isi penting macam mana?" . Zappp.. Berh lepas tu memang tak tanya dah sebab apa dia bagi arrien 30 je markah. Hahaha.. sebab memang betul juga kan, nanti susah nak cari isi kalau tak tulis Aspek bagai tu. Dan time real exam, arrien ingat kata2 cikgu tu and tulis aspek2 tu. Dan alhamdulillah. A jugak sejarah walaupun just A-.. hahaha 
Durian dan nangka pulak pasal exam Matematik yang menjadi trend lepas habis paper tu. Kan? memang kecoh lah pasal benda tu. Dan pasal benda tu jugaklah arrien menangis lepas keluar dewan sebab rasa fedup nak mampus jawab paper math tu. Rasanya memang rasa yang fedup dengan paper math tu kan. Haha mana taknya,arrien memang target math A sebab arrien suka math but bile jawab exam hari tu.. rasa macam.. WT....frust kowt. Soalan dia, tak boleh belah ada durian nangka bagai. haha Sebab tak dapat tahan 'kefedupan' tu (eh?) arrien terus call my mom guna public nak 'mengadu' time2 lepas habis jawab tu jugak. Memang macam down ah. Benda yang ditarget dapat jawab, sekali soalan macam apa2. Dan sebab tu jugak arrien takde semangat untuk exam hari seterusnya..jadi keputusan pun..hahaha macam takde semangat lah untuk subjek tu..PQS or PSI kalau tak silap.. lupa pulak.. haha.. But benda yang dah rasa frust tu boleh pulak keluar keputusan dapat A.. kahkah. Rasa bangga pulak sebab tak sia-sia menangis lepas jawab exam dulu. 
Apa-apa pun memang berterima kasih lah kepada 'Sejarah , durian & nangka' sebab menyebabkan subjek2 tu juga penyumbang kepada A yg arrien miliki. 
Alhamdulillah, terima kasih pada Allah atas keputusan SPM arrien tu. Lulus semua walaupun Kima memang 'sleng' habis. Huhu Anyway taniah kepada semua calon SPM 2014 ^_^ semoga kita terus berjaya pada masa hadapan. ^_-
Untitled

Tiada ulasan:

 
Copyright © .2011-2017. Inspired by Kio.All Right Reserved by Arrien Amani