Tutorial PS : Simple Happy Poster.

by - 2:23 PTG



Assalamualaikum :)
Salam MaalHijrah kepada semua umat Islam ^_^ semoga amalan kita lebih baik dari sebelumnya yea,insyaallah Amin ^_-

Seperti yang arrien update di fanpage arrien,arrien ada tanya sama ada arrien hanya perlu buat tuto macam mana nak buat stroke dekat poster sepertimana yang direquest oleh seorang adik nie or make a full tuto how to make a poster. And ada yang comment suruh arrien make a full tuto. Sorry kalau lambat,tidak hendak update semalam tapi sebab ada urusan lain,arrien tak dapat update semalam. Perhatian yea,tuto nie ialah hanya untuk buat a very simple happy poster. hehe but walaupun simple poster kalau kena dengan kretiviti mesti jadi cantik kan ;)

First,seperti biasa open your PS. Then click File > New > dan bubuh lah sendiri Width & Height mengikut kesukaan korang oke :)


Step 1 : Background Berpattern

Lihat poster diatas,background dye ada corak polka dot right? So this is a way how to make a background like that. Pertama sekali korang kena download pattern polka dot. Korang boleh download di DevientArt. Just search PATTERN dan korang boleh pilih mana yang korang suka & download. Cara nak loadkan pattern korang kena cari sendiri di google yea, coz arrien belum buat tuto untuk itu, Sorry :) Nanty bila2 arrien akan buatkan tutonya oke,insyaalh :)

1. Tambah Layer baru dibawah layer 1. Dan guna Paint Bucket Tool & pilih warna untuk warnakan background pada layer baru a.k.a Layer 2 itu. Seperti ini :

2. Pada Layer 2,Right click > Blending Options. So dye akan keluar satu kotak & ubah kan Fill Opacity dari 100% ke 0%.

3. Bila dah sudah tukar Fill Opacity tu,jangan tekan OK lagi. Korang pilih dulu Pattern Overlay & ikut seperti gambar bawah nie.

Step 2 : Stroke.

Korang nampak garisan putih yg dekat luar gambar manusia tu?? hehe oke actually cara dye sama seperti tuto INI but dye ada sedikit berbeza iaitu stroke tu jadi seperti dalam gambar XD


1. Open gambar yang korang nak guna & drag masuk gambar ke layer poster tadi. 
2. Right click pada Layer gambar > click Duplicate Layer.

3. Bila korang dah Duplicate Layer gambar tu dye akan ada layer gambar yg copy punya kan. Oke pada  layer copy tu Right Click > Blending Options & ikut macam gambar bawah nie.

4. Lepas dah siap tukar Fill Opacity tu korang pilih pula Stroke & pilih warna untuk stroke tu & size better 1 yea :)

5. Apabila sudah click Ok,drag Layer copy tu kebawah layer gambar yg asal. 

6. Kemudian gunakan Move Tool untuk gerakkan layer copy tu ke luar gambar. Means stroke tu tidak pada keliling gambar but duduk jauh sedikit dari gambar. Kalau nak banyak stroke tu,just Duplicate Layer copy a.k.a layer stroke tu.

Step 3 : Shadow pada gambar.

Shadow pada gambar ini ialah shadow putih dekat gambar seperti dalam poster bawah nie. Bukan garis yang halus tu but warna putih yg tebal tu ^^.


1. Pada Layer gambar yang asal, Right Click > Blending Options > Drop Shadow. Ubahkan Blend Mode dari Multiply ke Normal. Korang juga boleh ubah Opacity, size, angles or whatever ikut kesukaan korang.

2. OK,done.

Untuk mencatikkan lagi poster korang tu,korang boleh tambah sticker di poster korang. Boleh ikut TUTO nie untuk tambah sticker. Korang juga boleh tambah perkataan dalam poster tu. 
Done. So simple right?? but kalau kita pandai edit,benda yang simple put boleh nampak cantik,believe me ..hehe ^_^

You May Also Like

7 Comments