INFINITE!! Saranghaeyo!
Assalamualaikum :)
Sebelum tu maaf kepada yang lebih dewasa kerana entry ini,arrien akan membahasakan diri sebagai 'aku' coz entry kali ini lebih personal. Infinite, saranghaeyo?? yes, nan jeongmal infinite sarang. hehe korang tak faham?? nie maksudnya "Ya,saya sangat sayang Infinite". tetiba pulak aku buat entry pasal sayang semua nie bagai kan, *ehh oke lah tu,orang selalu sayang BF dye yg sorang tu.. tapi aku sayang BFs aku yang 7 orang nie XD*
Takde lah sebenarnya,tadi aku baru je habis tengok '2012 INFINITE THAT SUMMER CONCERT' lama kowt dua jam. Tapi takde lah aku tengok dua jam tu terus. First,part1 aku tengok time tengah hari. Tapi disebabkan tengah hari and disebabkan part1 nie selama sejam,so mata aku pun ala-ala nak tumbang juga lah. Tapi nasib sempat tahan sampai part1 tu habis. Mengantuknye bukan sebab tak best,tapi sebab time tu memang time aku tidur and diaorang pulak menyanyi lagi diaorang yg soft punya.. berdayu-dayu jer aku dengar. Macam menbuai-buaikan aku untuk tidur. hehe tapi demi Infinite aku sanggup tahan. haha.
Concert tu 2012 punya,and baru tahun nie aku tengok. kesian kan?? hehe. Biasalah dah tahun lepas baru aku betul-betul minat diaorang. Aku ingat lagi,waktu aku beli majalah e-pop keluaran DEC 2011. Korang tahu,cover belakang majalah e-pop tu gambar infinite jer. But aku takde fell langsung waktu tengok gambar tu. Time tu pun aku tengok dan tak tahu pun tu kumpulan infinite. LOL ~~'' Tapi start masuk tahun 2012, aku mula kenal diaorang melalui lagu nothing's over. Start aku tengok MV nothing's over lah aku mula minat lagu itu. oke aku ulang sekali lagi yea. time tu aku just mula minat lagu tu. Aku bukan jatuh cinta pada pandang pertama,tapi jatuh cinta pada mula-mula aku dengar lagu tu. Aku siap bubuh lagu tu dalam blog. :D
Kemudian barulah aku minat L. Ha nie baru betul jatuh cinta pada pandangan pertama..hehe kemudian selepas aku minat L, aku start search pasal L and group apa dye nie. Kemudian barulah aku kenal sebuah group yg bernama INFINITE. Tapi jangan ingat time tu aku sudah menjadi seorang INSPIRIT. aku time tu hanyalah minat biasa-biasa. Aku kemudian lupa infinite sekejap bila aku kenal group B1A4. yea,aku start menjadi fangirl dengan menjadi seorang BANA. Dulu jugak sebelum aku nie Inspirit aku selalu mengikuti perkembangan group2 yg lain,antranya U-KISS, SS501, BOYFRIEND, ZE:A, SUPER JUNIOR dan lain2. Tapi START hujung tahun 2012 aku aku mula ditawan kembali oleh Infinite dan aku telah menjadi INSPIRIT sepenuhnye *sehingga terlupa kepada B1A4* hehe
Kalau dulu lappy aku penuh dengan lagu group u-kiss,B1A4, Suju dan sebagainya tu. tapi percayalah sekarang nie dalam lappy aku hanya ada lagu INFINITE *ada sedikit lagu exo coz aku baru jadi seorang exotic* :D Tapi B1A4 still ada dalam 3 buah lagu jer kowt..hehe coz aku dulu seorang BANA. Oke sekarang tujuan sebenar aku bukanlah nak cerita pasal time bila aku kenal infinite nie,but tak tahu lah tetiba termasuk. @@"
Oke sambung, Tadi aku baru habis tengok part2 2012 INFINITE THAT SUMMER CONCERT. Time nie memang aku tidak mengantuk langsung. coz why?, coz infinite telah buat aku menangis. Bukan menagis sedih tapi menangis kerana aku bangga menjadi seorang INSPIRIT. Siapa inspirit,wajib tengok concert nie,search jer dekat youtube. Aku sure,kalau korang betul-betul seorang inspirit korang aku setidak-tidaknye berasa terharu. Tapi aku bukan setakat terharu dah. meleleh terus.
Mula-mula time hoya macam menangis time concert nak dekat habis tu,aku oke lagi.. still hati kuat.hee.. pastu dongwoo pulak dah nak menangis,haish.. mata aku dah ala2 zombi *merah coz tahan air mata* Pastu ada lah sedikit kegembiraan yg berlaku,so aku oke balik. Then time diaorang menyanyikan lagu terakhir untuk concert tu, mata aku merah balik. Mula2 start menyanyi sungyeol. Dan time tu dye menangis. and the aku yg memang dah tahan lama air mata tu apa lagi,hujan lah sekejap dalam bilik aku tu. Selepas tu part L nyanyi pulak,L lagi lah tak sempat habis part dye tu,dye tak boleh menyanyi dah coz tahan menangis. Aku? kalau tadi bilik aku nie hujan,sekarang guruh pulak. Nasib baik hujan & guruh yg orang lain tak dengar *menangis dalam diam* kemudian sambung lah part2 seterusnye. dan air mata aku terus-terus keluar bila tengok woohyun menangis,hoya..sedih..dan semua2nye lah. That why aku merasakan yg aku sangat sayang INFINITE. Dan aku tulis entry ini khas untuk infinite. *walaupun diaorang takkan faham bahasa melayu* Dan last, INFINITE SARANGHAEYO! *throw heart*
First time tulis entry sepanjang nie, so esok start hiatus kembali coz nak siapkan homework yang walaupun dah seminggu lebih cuti tapi aku tak buat2 lagi tu. Kepada yg request Tuto,nanty bila dah siap semua homework aku,aku akan update tuto. tu pun kalau sempatlah,so harap bersabarnye. TQ ^_^
2 Comments