Tutorial Photoshop : Potong Gambar Ikut Bentuk. | I N F I N I T E

HOME OWNER TUTORIAL ARTWORK BLOGSKIN ASK.FM

Tutorial Photoshop : Potong Gambar Ikut Bentuk.



Assalamualaikum :)

Dekat dashboard arrien penuh dengan cerita-cerita orang pasal hari raya diaorang,yang arrien nie pula sibuk dok update tutorial. ~~" Bukan apa,arrien rasa raya tahun nie tak meriah langsung,tu yang takde model nak update pasal raya tu.. LOL XD oke kembali kepada tajuk,sebenarnya waktu raya ke-2 lagi arrien dah terima request mintak arrien buatkan tutorial cara nak buat header macam arrien. *sewaktu arrien guna template designer* Tapi disebabkan raya,lambatlah baru boleh buat.

Tapi sebelum arrien ajarkan macam mana nak buat header macam arrien,arrien rasa arrien perlu buat tutorial nie dulu, coz nanty senang takyah dah nak tanya macam mana nak potong,buang background semua tu yea ~bagi yang tak tahu lah ye~. hehe :D So ada 3 kaedah yang arrien selalu guna dan nak ajarkan.

1.Korang bukak PS korang,tak kesah PS berapa coz same jer.
2. Bukak gambar yang korang nak cut / buang background dye tu. File > Open > Pilih gambar.

Oke,sebelum tu korang tengok dulu ketiga-tiga kaedah nie,kemudian baru korang ikut yang mana korang rasa senang :)

Kaedah Pertama : menggunakan Quick Selection Tool.

1. Tekan icon quick selection tool and then tekan icon yang arrien kotakkan tu, lihat image ;

-Click gambar kalau tak nampak-

2. Oke next korang click pada background gambar yang korang nak buang tu sehingga keluar garis putus-putus.


3. Bila semua background dah diselect. korang tekan pula Magic Eraser Tool > Click pada background yang korang select tadi sehingga background tu menjadi transparent.



4. Then click kembali pada icon Quick Selection Tool , yang mula2 arrien tunjuk tadi and then click pada background balik supaya garis putus-putus hilang.


5. oke done.

Kaedah Kedua : Menggunakan Magic Wand Tool.

1. Tekan icon Magic Wand Tool kemudian click pada background.


2. Kemudian click icon Magic Eraser Tool > click pada background tadi supaya menjadi transparent.


3. Ulang langkah 1 & 2 pada background yang belum transparent. Done.

Kaedah ketiga : Menggunakan Pen Tool.

1. Click icon Pen tool > Buat garisan mengikut bentuk gambar. Pastikan akhir sekali titik pertama bertemu dengan titik terakhir.


2. Bila korang dah temukan titik pertama dengan titik yang terakhir, garisan yang korang buat tu akan menjadi tanpa ada kotak-kotak kecil,right?
3. Oke good!. Now korang Right Click > Make selection.


4. Kemudian dia akan keluar satu tab,kan? Tukarkan Feather Radius menjadi 2.0 > Ok.
5. Bila korang dah tekan OK tadi,garisan yang korang buat akan menjadi garisan putus-putus.
6. Next, tekan icon Rectangular Marqee Tool > Right click pada gambar > Layer via Cut.
7. So,dye akan keluar layer baru. Click pada mata di layer background untuk menghilangkan background.


Oke done. untuk save gambar dan mengekalkan background tu, korang pergi file > Save As > tukar jenis kepada PNG.

Selamat mencuba ^_^

7 ulasan:

Anis Syahirah berkata...

yang putih kat tepi gambar tu nk wat mcm mne?

Arrien ::@man!:: berkata...

Nanty arrien buat tuto yea :)

Fara HunHan berkata...

klau guna gimp pulak camner ehh?

Arrien ::@man!:: berkata...

@Fara HunHan sorry yang tu arrien tak tahu,coz arrien tak pernah edit gambar guna GIMP.. arrien just guna PS ~~"

Fara HunHan berkata...

ohh,okayy-2

Njms 6594 berkata...

Arrien dah buat ka tutor untuk background putih kat belakang tu??

Arrien::@man!:: berkata...

@Njms 6594 background putih? yg mne yea? yg trasparent ke? kalau yg transparent, yg nie .. ><

 
Copyright © .2011-2017. Inspired by Kio.All Right Reserved by Arrien Amani